NAIROBI: Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Media tempatan melaporkan kira-kira 130 penumpang yang melarikan diri daripada wabak taun dalam pelayaran dari Lunga ke Pulau Mozambique, di luar pantai Nampula.
Seorang jurucakap pentadbiran pulau berkata bot nelayan itu hanya boleh memuatkan maksimum 100 penumpang.
Agensi Berita AIM yang memetik jurucakap pihak berkuasa maritim, melaporkan kapal itu dipercayai karam selepas dipukul ombak besar.
Mozambique ketika ini terjejas oleh wabak taun terbesar sejak 25 tahun lalu, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Lebih 37,000 kes taun telah dilaporkan sejak wabak itu bermula pada Sept 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Kapal itu dipercayai karam selepas dipukul ombak besar. - Gambar/ Sinar Harian
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Dalam talkshow di #AgendaAWANI 8.30 malam semalam kita kupas panjang lebar pasal ‘Musim Pokok Tumbang’…
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Bilik guru Sekolah Agama Rakyat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan Sekolah Agama Rakyat kelas A berkeluasan 70x15 terbakar di bahagian bilik guru.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Lari daripada wabak taun, lebih 90 maut bot karam di Mozambique
Lebih 90 orang maut selepas sebuah bot penuh sesak terbalik di luar pantai utara Mozambique pada Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Siklon Freddy: PBB tingkatkan usaha bantu Malawi, Mozambique
PBB meningkatkan usaha untuk memperoleh sokongan kerajaan bagi membantu Malawi dan Mozambique yang dibadai Siklon Tropika Freddy buat kali kedua pada hujung minggu.
Angka kematian akibat siklon tropika Freddy meningkat kepada 10
Secara keseluruhan 17 orang disahkan terkorban di Madagascar sejak Freddy mula melanda pulau itu pada Februari.
Sembilan maut akibat ribut Eloise
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh di bandar Beira, Mozambique selepas ribut Eloise membadai kawasan itu pada Ahad.
'Saya guna duit sendiri cari serpihan MH370 di Mozambique dan Madagascar'
Hati Blaine Gibson tergerak untuk cuba mencari maklumat di beberapa lokasi yang berkaitan, dengan belanja sendiri.
Kena pecat kerana PM terkandas
Ahli lembaga pengarah Lam Airlines dipecat selepas Perdana Menteri Mozambique terkandas akibat pesawat kehabisan minyak.
Presiden Zimbabwe jamin pilihan raya bakal berlangsung aman, adil
Mnangagwa berkata pilihan raya Zimbabwe, dijadual diadakan dalam tempoh empat hingga lima bulan akan datang, bukan sahaja berlangsung dengan aman malah tidak dipertikaikan.
Mozambique, Afrika benarkan Malaysia guna perairan cari MH370 - Liow
Kerajaan masih menunggu lebih banyak serpihan dijumpai sebelum menghantar pasukan mencari ke negara berkenaan.
DCA belum dapat sahkan serpihan pesawat ditemui di Mauritius milik MH370
Pengesahan hanya dapat dibuat selepas ujian terperinci dan analisis dilakukan terhadap serpihan itu.
Kerajaan Malaysia belanja RM280.5 juta misi pencarian MH370 sehingga Februari
Bagi tempoh itu juga, operasi pencarian pesawat itu dilaksanakan di kawasan seluas 86,752 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.